Tuesday, June 9, 2009

MENGADAP DI ISTANA SRI MENANTI



Pada 30 hb May 2009 saya dan ahli Persatuan Asyraaf cawangan Negeri Sembilan berpeluang mengadap kebawah Duli Yam Tuan Besar N.Sembilan,Tuanku Mukriz Ibni Al Marhum Tuanku Munawir di Istana Sri Menanti.Peluang itu datang sejurus sebelum Majlis Maulid anjuran Asyraaf N.Sembilan yang turut dihadiri sendiri Kebawah Duli bersama Tunku Ampuan Besar Tengku Aishah Rohani di Masjid Diraja Tuanku Munawir Sri Menanti.


Kebetulan kedua orang tua saya berada di Seremban & memang di jemput ke Majlis Maulid terasebut, jadi kami pun ikut sama lah megadap Kebawah Duli. Bukan main seronok lagi masing-masing tambah pula dapat santap bersama Yam Tuan.

Orang lain segak berbaju melayu atau berjubah....Maklumlah nak mengadap Tuanku laa katakan....Aleh-aleh yang sorang nih pakai jeans pulak....Betul-betul buat rosak program jer......Yo Bro....Ko ni orang melayu ko orang putih? Yang hairan tu kupiah cam habib jer sekali tenggok....Pas tu pakai ''tag''cam AJK lak....

Ini pula foto di perkarangan istana bersama Habib Din S'ban & Syed Saiful S.U.Agong Asyraaf Malaysia yang sanggup datang dari Perlis bersama isteri. Terima kasih kepada semua yang datang, lebih-lebih lari yang berusaha menjayakan majlis tersebut.

Yang ni Jangan tak kenal, ulama tersohor dari Terengganu. Habib Omar Al Aidarus. Ada kena mengena gak gan saya.Tapi saya tak lah rapat sangat dengan beliau. Dengan terjalinya ukhwah antara raja dengan ulama mudah-mudahan sistem pemerintahan di negara kita sedikit demi sedikit akan kembali kepada ajaran Tuhan & mencintai RasulNya. Bukan setakat inginkan perlaksanaan hudud sahaja tapi dari semua aspek. Dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar. Ai say men.....cam baguih lak sei ni.....hihihi...

Ini pula orang penting dalam memastikan kejayaan Majlis Maulid ini. Syed Mehdar dari KL. Boleh dikira orang koperat lah lebih kurang. Beliaulah yang banyak bergerak mencari dana untuk majlis ini. Atau mungkin juga beliau sendiri yang mengeluarkan perbelanjaan.....Untuk tambah saham akhirat. Jadi pada sesiapa saja tak kira kaya atau miskin peruntukanlah seberapa bahagian rezeki Tuhan untuk Agama kita.Yang kurang derma secara kurang,yang banyak bagai air yang mengalir....InshaAllah Tuhan tambah berlipat ganda...AMIN...