pusat bandaraya Kuala Lumpur. Kebetulan pula pada waktu yang sama telah berlangsungnya Majlis Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa di PWTC. Jadi saya dan isteri mengambil kesempatan itu untuk menghadiri Majlis Tilawah tersebut. Disini terdapat beberapa foto yang sempat saya rakamkan.
Wednesday, August 12, 2009
TILAWAH 2009
pusat bandaraya Kuala Lumpur. Kebetulan pula pada waktu yang sama telah berlangsungnya Majlis Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa di PWTC. Jadi saya dan isteri mengambil kesempatan itu untuk menghadiri Majlis Tilawah tersebut. Disini terdapat beberapa foto yang sempat saya rakamkan.
Tuesday, August 4, 2009
AMALAN BACA YASIN PADA MALAM NISFU SHA'BAN
Membaca Yasin 3 Kali Di Malam Nisfu Sya’ban
Dimasukkan oleh IbnuNafis
Label: Soal Jawab Perkara Khilafiyyah
Jawapan dari Ustaz Abdul Kadir Al Jofree :
Para ulamak kita di tempat lain (di Mesir, beberapa tempat di Saudi, Yaman, Siria, Nusantara, dan lain-lain) kebanyakannya tidak bersetuju dengan fatwa tersebut. Oleh kerana itulah amalan beramai-ramai pada malam Nisfu Sya’ban ini dilakukan oleh para ULAMA’ zaman berzaman di merata tempat sejak zaman salaf lagi.
Di bawah ana nukilkan tulisan Sidi Abu Muhammad pada menceritakan Nisfu Sya’ban dengan jelas dan adil ya…
Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya’baan itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam yang maksudnya :
“Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya’baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)
Di Malam Nishfu Sya’baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi`ie dalam kitabnya al-Umm:
“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya’baan.”
Malam Nishfu Sya’baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta`ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu di atas.
Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya’baan sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu `alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi`in dari penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah,
bahawa para tabi`in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma’dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya’baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.
Para tabi`in tersebut menghidupkan Malam Nishfu Sya`baan dengan dua cara:
* Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
* Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.
Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya’baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi`in itu.
Berhubung dengan persoalan sholat khas Nishfu Sya’baan, maka berlaku khilaf antara ulama kita, ada yang mensabitkannya seperti Hujjatul Islam al-Ghazali dan ada yang memandangnya sebagai bid`ah yang keji. Khilaf berlaku pada pengkhususan sholat yakni memandang adanya satu sholat khusus malam tersebut seperti tarawih atau sholat hari raya. Untuk keluar dari khilaf bagi sesiapa yang hendak bersholat, maka lakukanlah sholat-sholat sunnat seperti sunat Awwabin (di antara waktu Maghrib dan Isya`), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq . Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nishfu Sya’baan atau pada malam-malam yang lain.
Sedikit tambahan lagi:
Amalan-amalan ini merupakan teknik yang pelbagai dalam menyampaikan dakwah oleh para ulama silam yang amat pakar dalam menyampaikan dakwah mereka ke seluruh pelusuk dunia. Adapun teknik-teknik amalan yang dilakukan oleh sesetengah pihak bergantung kepada para ulamak yang mengajarkan dan kepada siapa diajarkan. Semuanya adalah dibenarkan selagi mana tidak melanggar syara’. Samaada hendak solat sunnah, berzikir atau membaca Al-Quran bergantung kepada kemampuan individu.
Perkara-perkara ini tidak patut sama sekali diperselisihkan atau ditentang. Biarlah manusia lain ingin beramal sedanyanya tanpa kita sibuk menutup jalan-jalan kebajikan ini. Apapun perkara ini adalah dalam batasan perselisihan yang dibenarkan oleh syara’. Berlapang dadalah jika pihak lain tidak bersetuju dengan kita, selagi mana menjaga akhlak Islam.
Malang sekali jika perkara-perkara besar dalam masyarakat tidak dihiraukan, tetapi kita lebih suka membicarakan adakah boleh melakukan amalan pada malam nisfu Sya’ban atau tidak. Tetapi, kita lebih risau jika digolongkan di kalangan mereka yang menentang apabila perbuatan makruf dilakukan, manakala apabila perbuatan mungkar dilakukan, duduk diam sahaja tidak endah. Na’udzubillah min zalik. Inilah akibatnya jika tidak mempunyai kefahaman jitu dalam ikhtilaf serta ujub dengan diri sendiri dalam ilmu yang dimiliki.
Semoga kita sama-sama dapat menggarap kemuliaan malam Nisfu Sya’ban yang menjelang. Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang mendapat pengampunan dan rahmat-Nya pada malam tersebut. Amiin.
Wallahu A’lamMonday, August 3, 2009
CATATAN MAJLIS HOL AL AIDARUS
telah diadakan di Masjid Taman Sri Skudai, Johor Bahru pada 10 Sha'ban 1430, bersamaan 1 Ogos 2009.
Berikut adalah beberapa catatan dan gambar sekitar majlis yang berkat itu.
Habib Hasan Al Attas dari Singapura.
Bergambar bersama habaib yang hadir.
Jamuan dulang yang mengeratkan ukhuwah.
Diharap majlis ini akan diteruskan ditahun-tahun yang akan datang dengan kehadiran yang lebih ramai, samaada dari para habaib, mahupun daripada hadirinya. Mudah-mudahan dengan bertambahnya program seperti ini maka bertambah kenalah kita dengan habaib terdahulu yang telah banyak berkorban demi menyampaikan Islam kepada generasi kemudian.
Jutaan terimakasih diucapkan kepada penganjur, yang telah menganjurkan majlis dengan bergitu baik sekali. Kepada semua AJK Masjid Abidin Tmn Sri Skudai, Tuan Imam, Habib Abdullah Al Aidarus dan Pengerusi Majlis, Habib Ahmad Al Aidarus, diucapkan Shukran Jazilan.
MAJLIS HOL AL AIDARUS
akan diadakan di Masjid Taman Sri Skudai,Johor Bahru pada 10 Sha'ban 1430,bersamaan
1 Ogos 2009 (Sabtu malam Ahad) Bermula 4.30 petang,Inshaallah.
Ringkasan Atucara Majlis:
04.30pm : Ketibaan tetamu & Solat Asar.
Bacaan Maulid Dibaee Nabi S.A.W & Tahlil khas bagi Habib Abdullah Al Aidarus,
diketuai oleh Imam Masjid Wadi Al Husin,Habib Zain B. Husin Al Habshi.
07.18pm : Solat Maghrib.
Bacaan Ratib Habib Abdullah Al Aidarus,dipimpin oleh Habib Abdullah B. Alwee
Al Aidarus,Imam Masjid Taman Sri Skudai.
Penyampaian Munakib Habib Abdullah Al Aidarus & Ceramah bertajuk "Fadhilat
Majlis Hol" oleh Habib Nofal Saleh Al Aidarus dari Jakarta Indonesia.
08.30pm : Solat Isyak.
Ceramah bertajuk "Mencontohi Ulama' As-Salaf As-Soleh "Alawayin" oleh
Al Ustaz Haji Zaki Yusuf, Imam Masjid Mohamad Saleh Singapura.
09.45pm : Bacaan Doa penutup oleh Habib Hasan B. Muhammad Al Attas Imam Masjid
Ba'alawee,Singapura.
Jamuan makan & bersurai.
Muslimin & Muslimat dijemput hadir.
Tuesday, June 9, 2009
MENGADAP DI ISTANA SRI MENANTI
Tuesday, May 26, 2009
UMME dan OZONE THERAPHY
ader mase bersama hanyer pada
waktu malam jer. Jadi pade sesiape yg
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhE7B-BuE5ifSl9sOULgiFEl8AvuCg45IKl4lvdw30FArOgfvzGH5UuB0UxQ0IzNc2y8eAfJhIkvavPwuxuAAackCAukft4rcfrisJA9O0W62faecaX2E0PJrzl3gWZTqB1qmBs-p6FSBx8/s400/-1.jpg)
ibu mereka fully housewive tu kire beruntung sangatlah sebab banyak mase bersame ibu mereka.
Selepas pencen Umme berniage secare kecil2an tapi full time. Sebenarnye dari mase kerje lagi dah start....Cari extra income, maklumlah masih ader anak2 yang bersekolah. Nak harapkan sumbangan kami yang dah bekerje pun....Umme amat faham kemampuan anak2nya.
cume yang agak memeranjatkan & merisaukan saye tahap kesihatan Umme menurun sejak akhir2ni. Berat badan bertambah & selalu sakit sendi terutame jari tangan. Setelah mendapatkan beberape rawatan baru2ni saye bawa dia ke satu klinik di Senawang yang menawarkan rawatan
terapi sonotron dan ozon. Selepas buat rawatan kali pertama,Umme diberi penerangan ringkas dari doktor di klinik tersebut & die ambil keputusan drastik utk terus buat rawatan susulan disitu. Jangan cerita pasal harga dan jarak, Umme sanggup keluarkan. Saye tak pasti kadar kesakitan yg Umme alami sepanjang die diserang sakit sendi sebab saye tak kene, tapi keputusan utk meneruskan rawatan dengan kadar bayaran dan jarak yang agak jauh membayangkan peningkaatan tahap kesihatan Umme telah merangsang die berbuat demikian. Jadi kalau sebelum ini Seremban bukanlah destinasi favorate Umme berbanding KL,maklumlah...Adik beradik Umme ramai kat
sana, tapi sejak die buat terapi ozone & sonotron ni....Rumah saye dah masuk dalam kelendar percutian hujung minggu Umme.
MORAL OF THE STORY:
Pastikan kesihatan Ibu Kita Dalam Keadaan Terbaik Kerana Kita hanya Ada Sedikit Masa Saja
Untuk Bersama Ibu Selepas Kita Tamatkan Usia Muda Kita.