Wednesday, August 12, 2009

TILAWAH 2009

Pada 6 Ogos yang lalu saya dan keluarga berpeluang menginap di sebuah hotel di tengah-tengah
pusat bandaraya Kuala Lumpur. Kebetulan pula pada waktu yang sama telah berlangsungnya Majlis Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa di PWTC. Jadi saya dan isteri mengambil kesempatan itu untuk menghadiri Majlis Tilawah tersebut. Disini terdapat beberapa foto yang sempat saya rakamkan.

Antara pengunjung yang hadir pada majlis tersebut, walaupun tak ramai tapi ada yang sanggup datang dari Sabah & Sarawak. Ramai juga penuntut dari beberapa pusat pengajian seluruh negara hadir untuk mendengar bacaan Al Quran yang di kumandangkan dalam pelbagai kira'at.

Pentas utama, nampak agak kecil kerana saya duduk agak jauh. Walaubagaimana pun No 1 yang saya rasa mewakili 1 Malaysia telah ditonjolkan oleh penganjur dengan bergituketara sekali. Tapi saya sebenarnya sampai sekarang masih kurang faham konsep yang hendak diwujudkan di bawah slogan 1 Malaysia.


Ini adalah replika pedang Rasulullah SAW yang dipamerkan di ruang legar PWTC sempena Majlis Tilawah tersebut. Dengan pedang sebergini besar tak dapat saya bayangkan kekuatan Rasulullah ketika bertempur dengan musuh-musuh Allah,tanpa kenal erti takut, penat & jemu, walaupun banyak kali Baginda terpaksa berperang di dalam bulan Ramadhan.

Satu lagi replika pedang salah seorang sahabat, rasanya kalau saya tebas guna tenaga yang saya ada, beberapa kali hayun saja sudah cukup untuk menyebabkan saya terduduk kepenatan. Itu hayun kosong saja tu...belum hayun pada leher musuh lagi.

Kami bermalam di sini, ramai juga kami jumpa deligasi dari luar negeri menginap disini sepanjang Majlis Tilawah berlangsung. Pelancung dari timur tengah pun ramai.

Saya rasa amat bertuah kerana berkesempatan bertemu dengan Johan Qariah Tilawah 2009, juga johan peringkatan kebangsaan Cik Sharifah Kasif Fadzilah Al Yahya dari Kedah tak silap saya. Ini foto beliau bersama isteri saya.


Beberapa foto yang sempat saya rakam dari hotel berlatarkan beberapa monument terkenal yang ada di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Macam biasalah, kalau menginap di hotel anak-anak saya suka pergi berkubang di swiming pool, jadi sebagai kenangan saya postkan juga foto ini.




No comments:

Post a Comment